07 Ogos 2009

A Week at a place called Home...

memandangkan aku xde kat tronoh utk seminggu nih, so inilah antara kegiatan2 harian sepanjang seminggu duk kat umah...

menikmati cendol di Teluk Panglima Garang. katne tuh? satu pekan kecil di antara Klang dan Banting, dekat2 ngan kampung aku iaitu Kg. Sijangkang.


hdisk aku yang ber'problem'. tp menyebabkan aku mempelajari sesuatu yang bermakna dlm hidup.huhu...bukan pengurusan kewangan, tapi belajar cara2 nk return barang utk claim warranty.


My Mydin, baru bukak 2-3 bulan yg lalu rasenye kat seksyen 7 bandar baru bangi. dekat je ngan umah aku, kalo jln kaki rase 15-20 minit je. Kelihatan dlm gambo, keta merah Toyota KE-30..


Kedai makan kat seksyen 7 nih. cantik gk seat dia, tp xde org makan lak time tuh. persaingan ngan kedai mamak kot. kat area ni saje ada 2-3 kedai mamak .



menunggu giliran d Jabatan Pendaftaran Negara Hulu Langat kat Jalan Reko. dh 2 tahun lebeyh aku pindah Kajang, sekarang baru ada kesempatan nk tukar alamat...huhu...kena la cas RM10. tunggu dlm 2 minggu baru siap IC baru.


time tgh nk usha IC kat JPN Hulu Langat tuh, terusha lak lesen P aku. tgk2 mati hari tu gk. ape lagi, lepas settle kat JPN, g lak JPJ Bandar Sri Permaisuri, Cheras utk renew lesen ke lesen penuh.huhu...hidupkan lesen utk 2 tahun, kena cas RM60 dan sekeping gambo passport.


bilangan menunggu: 25. huhu...tp JPJ KL buat keje laju gk, xde la lama sgt tunggu nk smpai giliran aku. ramai yg ada kat sini nk renew roadtax ngan mohon lesen memandu.

lalu depan sekolah rendah aku. tgh nk renovate pondok jaga. huhu...last time masuk sekolah ni time Pilihanraya Umum 2008. time tuh folow abg aku g ngundi. bangunan asal still maintain, dengan tambahan beberapa bangunan baru.

Perkhidmatan Servis Modenas tetiba muncul kt Bt 9, Cheras nih. servis percuma dan kos spare parts lebeyh murah dari harga kilang. malangnya aku x bwk balik moto aku dan kempen ni berlangsung sehari je...


kelihatan pekrja Modenas membaiki moto GT128. moto baru lg pon nk baiki dh...huhu...


mengharapkan Shahrol Yuzy utk tetiba kuar dr lori ni dan memberi khidmat nasihat kepada mat2 rempit di luar sana, "nk berlumbe, g litar ar"....


cendol kali ni antara yg terbest aku pnah makan. cendol kat Bt 9, cheras. dekat ngan kedai moto. dulu cendol ni kt bwh pokok, skrg pokok dh kena tebang, dia setup khemah lak...huhu...bertambah maju nmpknye....

P/s: esok dh nk balik UTP, cuti H1N1 dh pon habih. quiz Dr. Vijanth rasenye isnin ni(10th august)...huhu...


hdisk aku tgh on the way ke rumah...huhu...rase x smpt ar nk smpai esok. harap2 start pose nnti dh ada kt umah....

0 comments: