seperti tajuk di atas, pada beberapa minggu yg lepas, time cuti semester yg begitu seronok skali, hanya memikirkan rancangan ape yg hendak ditonton di tv pada setiap hari, aku ngan zaki(import dr johor) g la berjalan2 di Kuala Lumpur.
1st stop, menara KL.
disebabkan tiket nk naik atas menara tu rm30, so amek la gambo dr bawah je.
mula2 google harga tiket dia, dlm rm8 utk warganegara Malaysia. utk warganegara asing lg mahal ar. tp bila sesampai je kat sana, harga sume sama. jd aku ngan zaki pon sama2 ar turun dr bukit nenas tuh, g la ke next stop yg free. haha....
dlm perjalanan ke destinasi yg free itu, terlihat la menara KL nih. jalan lagi sampai....
nampak bangunan usang nih. 1st time aku usha bangunan nih, terlintas satu benda dlm fikiran aku. tempat ni dlm scene citer Setem[2009] nih.
kalo sape2 nk g, bangunan ni terletak kat Jalan Raja Chulan.
ni lak cut scene dr Setem. kompem sama. antara citer melayu yg aku usha kat wayang selain Buli dan Los dan Faun. agak best gk la...
dah penat berjalan kaki dan tanya2 penduduk sekitar, sampai la kat next stop yg free. ye. free. saya suka perkataan tuh. free. next stop, Muzium Telekom.
masuk dlm muzium nih, xde org pon. ada akak2 je. sorang jaga kaunter depan, 2 org kat dlm. yg len sume dummy je. patut la buat free. rase kalo muzium nih kena bayar, diorg dh kehilangan dua org pengunjung yg berharga hari tu. huhu...
model telefon kat umah aku dulu. tp aku x ingat dh kaler apa. hoho... dh lama rupenye telefon tuh. tp memang tahan lasak. bila tukar model baru je, mula la rosak sana-sini. mungkin tumbesaran aku time tuh merosakkan sumenye. haha...
habih pusing2 muzium, minum la air kat cafe dia. sedap dan murah. itu yg best tuh. susah nk carik tmpt cmnih dh skrg.
dr muzium yg kosong tuh, nk ke KLCC. ktorg jalan g stesen LRT masjid jamek utk g KLCC.
next stop, PetroSains. last time aku g darjah berapa ntah. tiket masuk RM12.00-Rm2.40(discount-student)= RM9.60. ditutup pada hari Isnin setiap minggu. huhu...
masuk2, still benda sama, ada hikayat rama ngan sita apebenda ntah. ada 3d punye imej tuh, sama je mcm last time aku g. tp yg best ada jengkaut nih. sonok gk men. gambar[seorang pelancong warganegara Malaysia sedang kyushuk bermain kemudahan jengkaut yang disediakan]
kalo blaja subjek PE, ad gk sebut x-mas tree sume. tp bila usha kat Petrosains nih, dia translate trus jadi pokok krismas. nice... kira PE ni kalo blaja dlm bahasa melayu, still bleh go. hoho...
lepas part helikopter, kita akan sampai ke pelantar minyak, still sama mcm dulu gk. tp skrg dh ada tingkat atas dan ada la paip2 minyak ngan skrin2 yg kita bleh tekan2. lagi satu yg best, ada part pasal tempat tinggal pekerja. dulu x de nih. gambar[ seorang pelancong warganegara Malaysia sedang kyushuk mengambil gambar, gambar apa? itu yg kita x tao tuh.]
dalam tempat pekerja tuh, lengakap dengan katil, klinik dan dapur. hmm.... sonok2.
kira berbaloi gk la masuk petrosains nih, sambil dapat jumpa member yg keje part time kat sini(x sangka seyh!), dpt gk main2 permainan2 dia yg interaktif mcm f1 simulation dan macam2 lagi. tp yg x best nye, certain permainan tuh mcm dh x dijaga. mcm F1 nye stereng, allignment dia memang dh lari habih la(tu kalah tuh, huhu...) dan ada gk certain games yg ditutup. a bit disappointed la. a bit je. tp dgn rege RM 9.60 dan 2 jam lebeyh. its a nice experience.
p/s: membilang hari utk cuti raya cine. C'mon2...
0 comments:
Catat Ulasan