04 April 2012

Mirian and Marion


Bismillahirrahmanirrahim.

ehem2, testing2. 
dengar x? ok. bagus2.

lama dh x menaip panjang lebar, kali ni lepas hantar org g PIPE (pegi la korang, biar la aku kat rumah ni), tetiba ada semangat (dan keazaman) utk menulis. mungkin sebab xde ape2 benda yang free yang bleh dibuat kot. 

berbekalkan redfm berkumandang di corong pembesar suara (1st time dengar redfm online ni, nk dengar lastfm, limited 50 tracks plak), mari menulis!

alhamdulillah, hujung bulan 2 haritu, dpt email dr shell untuk SRD(shell recruitment day). tp post kali ni bukan nak citer details psl SRD (utk pengalaman SRD bleh klik sini), tp psl perjalanan dua hala ke Miri. yup, ujibakat tersebut dijalankan di Bandaraya Miri dan di sponsor penoh pihak shell. yeay!!!

Rabu, 21 Mac 2012

Perjalanan dimulakan seawal 5 pagi waktu tempatan. plan gerak awal sebab first time naik flight dalam tempoh 10 tahun. takut pape terjadi kat klia nnti, better sampai awal lah. 

Naik KLIA Transit dr Putrajaya Sentral. awal2 pg pon dh ada org naik. 
tiket RM 6.20 dan perjalanan memakan masa 18 minit, tepat! 
Jambu air dan mangga. haram masuk malaysia!
around kul 6 cmtu smpai KLIA. nk solat subuh mcm awal lg. so berjalan2 lah di sekitar KLIA. agak jauh jugak jalan dr stesen KLIA Transit ke KLIA. pusing2 smpai kat level arrival. tingkat 1 mungkin. ni la akibatnya lama sgt baru nk post. segala detail bagai dh lupe.

sebab awal sgt x tao nk buat ape, pusing kat level atas sekali, level departure tuh, ada signboard utk tmpt melihat kapal terbang (anjung tinjau or observation deck). jadi bergerak la pergi situ. amek2 gambo sket

Malaysia Airlines with new liveries!
but still ada airplanes yg gune liveries lama. still lawa dan ada nilai2 estetika dan klasik di situ. harap2 lepas ni dpt tgk Airbus A380 depan mata. Liveries dia lebih awesome! nk naik flight ke London cm lebih sukar je. haha

Nak amek gamba lama2 pon keadaan kamera yg uzur ketika mengambil gambar bercahaya rendah menyukarkan keadaan. jadi masuk balik kat main area KLIA dan carik surau.

rase KLIA sgt2 lawa compared to other airports (walaopun pnah pegi 1 airport je before, haha)
imagining that the roof will close (like umbrella) during daytime. go green!
Miri!
pusing2 carik mane nk drop bagasi. tulis kat skrin tu Gate 11. pergi la aku Kaunter 11. tutup. eh, blom bukak lg kot. maybe bukak sejam before flight. mungkin2. 

nasib mulut ni rajin jugak bertanye. rupenye nombor gate tu lepas kita check in nk naik kapal terbang. nk drop bagasi bleh g kat Kaunter C. 

Level bawah drpd observation deck. penat aku pusing carik mana tangga/lif nk turun sini. rupenye kena cek-in
dulu baru bleh masuk. 
Observation Deck (again)
sini sume kapal terbang comel2 je. maybe utk domestik kot. kalo international kena g satellite building naik aerotren. 
same angle, different setting (on hp)
ni another side of the observation deck. nmpk ada tulis A2 tuh, means Gate A2. pon kapal kecik2 gk
mcm yg ni Boeing-737
kecik2 pon ratus2 jugak muat dlm ni. btw, old liveries!
teringin nk amek model kapal terbang tu buat souvenier. x bg stand skali pon xpe lah!

pejam celik sket dah pukul 7. so kena g check in lah. walaupun flight 8.30, newbies dlm bidang pengangkutan udara macam aku ni kena la bertindak 2 steps ahead (eceh)

sebabkan domestik nye flight, just tunjuk IC kat orang yg cek tiket je. simple.

masuk Gate 11, ada seat banyak2. orang pon banyak jugak. untung rupenye bisnes kapal terbang ni. patut Tony Fernandes kaya sampai bleh beli QPR bagai. tp kenapa MAS rugi plak? pelik2. tp x expect flight 8.30 pg ni penoh. sume pkai business attire mcm nk g keje plak. xkan duk kl keje kat miri kot. haha

duduk2 sambil tgk keliling kot2 la ada jumpa org yg aku kenal g interview skali ke. lg senang kan? tp xde. sume org tua berumur (lebih berumur dr aku) dan ada sorang pkai baju sekolah menengah. woah! ni lagi hebat umpama sekolahku hebat dah.

dan aku naik kapal terbang. pertama kali dlm tempoh 10 tahun.

stragel tukar seat kat self check-in machine. nak dpt seat tepi tingkap. haha
menuju ke tapak pelancaran 
waiting. Air Asia X on the run!
and we off! time nk berlepas mcm naik roller coaster (background sound: roller coaster!) ada la 2-3G impact kot. 
kapten kapal (suara mcm Goh penyampai Nightline TV3) bg details psl flight. 
From KLIA - Pekan - South China Sea - Miri
time dia bgtau dlm bahasa melayu, ketinggian around 26000 feet, then dlm english dh jd 29000 feet. woah!
henset diletak dlm posisi offline. ni je kamera aku ada. haha. rase mythbuster pnah cek psl benda ni. one in a million chance. so better safe than sorry lah kan.
next few pictures wont need any captions, kot. 




leaving peninsular malaysia!


dah ada atas laut! 



pulau misteri tak berpenghuni


x nmpk rumah atau jalan pon. ada cume jeti je. mungkin tgh laut sgt kot.
satu benda yg x best duduk kat seat belakang wing ni selain dr pemandangan terganggu sket,
adalah bunyi enjin jet yg... pergh, pkai earphone jenis IEM (in-ear monitor) pon x mampu menapis bunyi tersebut. 
we found land!



masuk dlm awan. ada la gegaran2 sket. (background music: gegar, gegar, gegarkan gegar) maybe dr high altitude ke low altitude kot. mcm apollo 13 nk masuk atmosfera bumi balik. 
tanah pertanian yg kompem bukan tanah tinggi bario
dan ape yg best duduk kat seat belakang kepak ni? haaa... sgt awesome tgk kepak gerak2.

eh, mendarat kat padang ke neh?
oh tidak. kapten berpengalaman kot (pengamatan dr segi suara yg berkaliber td) kepak sedang bekerja!
berhenti di tgh runway...
.... dan berpusing 180 darjah...
...menuju ke airport miri!
kat sebelah ada MASwings. cantik liveries dia. baju staff dia pon smart jugak. 
Miri Airport. kecik je airport dia. 
sampai2 aku still blur lg. tgk jam dh kul 11(flight mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit). kul 2 nak kena g briefing. dalam otak pikir nk g amek bagasi je ni (padan muke, sape suruh ngada2 nk drop luggage, konon nk dpt tag kat bag, skang dh susah).

so smpai tu aku tgk je signboard untuk amek luggage. smpai kat tmpt luggage pusing2 tu tunggu la aku smpai beg aku muncul dr celah2 langsir getah tu. amek luggage pastu terus keluar smpai tmpt ketibaan. pastu jumpa la sorang Mirian yg dh setia menunggu kat luar bernama Fakhrullah (walaupun mula2 aku x perasan dia sbb nk carik toilet)

pastu aku pelik. pelik sebab nape xde org cek ID aku, IC ke passport ke. rupenye aku dh lalu jalan yg salah . ala2 mcm the road not taken lah. haha...

patutnye instead of stret g amek bagasi, aku patut kena lalu imigresen dulu sebab dtg dr semenanjung. tp sebab that time ada MASwings smpai dr Kuching, so dia assume org yg stret g amek bagasi sume dr Kuching la. so dia x bape jaga sgt. demn, melepas hajat nk dpt cop dr imigresen miri kat passport.

tp xpe. selamat pergi dan pulang jugak alhamdulillah.

smpai around 11, then folow kulah, my entrusted tour guide kat Miri ni g amek cousins(:sepupu, niece and nephew: anak sedara, aku konpius, haha) kat sekolah dia. so dpt la aku visit sekolah kat miri jugak. woah, mcm lawatan muhibah plak.

then hantar dia balik rumah, pastu g lunch. byk pilihan diberi saudara tour guide neh dan akhirnye nasi lalapan dipilih sebagai pengalas perut tengahari itu!

Nasi Lalapan. sebab ada lapan lauk kate saudara Fakhrullah. macamane limau nipis (ke kasturi?) bleh jadi lauk? pelik2. 
order Milo Ais. xde. eh, kat miri xde milo ke? haha... pelik2. maybe kedai ni boikot barangan nestle la kot. bismillahirrahmaanirrahim. makan! sambal dia tersangat la pedas. serius. rase aku ni orang yg tahan pedas.
 mungkin effect high altitude dr flight td kot. haha
selesai makan stret pergi Piasau Camp. dekat area Pulau Melayu (kot, serius dh lupe). tp before smpai tmpt briefing, pusing2 dulu smpai lutong, tgk PCSB SKO, tgk MCOT (Miri Crude Oil Terminal), dan tgk ofis Shell. 

habih briefing around 4++. then off to pusing2 Miri. haha

2nd round of Miri Round-Up disertai Fakhrullah, NashQ dan Faridah (import from Curtin, haha). thanks for joining!

1st stop, Grand Old Lady. Rig pakai kayu kot. 
tepi2 dia ada batu2 citer psl sejarah oil n gas malaysia. dan memang dia start kat Miri lah. no wonder dpt title Bandaraya walaupun x sebesar mana dr segi populasi.
view from Grand Old Lady, Canada Hill
Bandaraya Miri
sebab dh nk gelap kat Canada Hill tuh, singgah pulak kat tepi laut ni. lupe la nama dia. haha... 
tepi laut ni ada kedai makan seafood le grande (bak kate Fakhrullah dan NashQ). tp skarang dh tutup. 
jgn risau, ni bukan gif!
kalo singapura ada merlion, miri ada horsea! 
tmpt bercahaya2 ni bukan resort and spa tepi laut tp pusat rawatan tulang belakang. bunyi2 ombak tepi laut ni
mungkin a part of the therapy kot. 
still x jumpa pantai nan indah lg kat miri. sume batu2 je. mcm morib pon ada. haha
menu untuk makan malam? Mee Kolok. 1st time makan so xleh nk compare ngan ape2 la. sedap. macam
 mee sup daging. dengan kriuk2 asli! ckp kat dak cina yg interview skali, terkejut dia aku makan mee kolok.
sebab original mee kolok ni ada daging khinzirun dlm dia. 
habih makan, g carik kedai KFCK plak. kinki fatty chef chicken. sgt2 popular kat miri dan 1st time aku tao bila baca blog fad. unluckily dia tutup. arghhhh!!! tekanan2. dh dtg jauh2 ni, 29000 feet kot. haha... sekali tutup pulak.

then hantar faridah balik ke Curtin Village (anak gadis xleh kuar malam2, hahaha) which is dekat area yg sgt jauh dr bandar Miri (aku rase ar, dh la tmpt baru, waktu mlm plak tu, rase jauh je jalan),

kemudian perjalanan diteruskan!
MCOT! kena cepat beli LX3 neh. kamera henset x mampu memenuhi nafsu serakah mengambil gambar waktu malam.
nama tempat kat Miri yg pelik2. ok la, Piasau still acceptable. but Pujot? dh macam nama tarian aku rase. ada lg nama pelik tp aku dh lupe. argh!!! next time kena buat note gini.
Jambatan Shell ke Pulau Melayu. sebab ape Shell? sebab diorang yg buat jambatan ni. 
bwh ni ada sungai dan tepi sungai ni ada signboard awas, BUAYA! gelap sgt so x dpt nk amek gambo. pkai flash takut benda lain plak kuar. kuar buaya ok lg. kalo.... haih... xpe lah. dh mlm neh. 
pjg gk jambatan ni. ada la dlm 100 meter aku rase. kelihatan dlm gambar Fakhrullah. turut kelihatan sipi2, NashQ
pastu dh habih tgk jambatan lama ni (aku memang suke benda2 historic neh, lg2 yg kita bleh nmpk/pegang) rase real, g hantar NashQ balik rumah. 

then balik hotel? blom lg. g esplanade. haaa ingatkan singapore je ada esplanade, Miri pon ada jugak. tp pergi esplanade malam2, x nmpk ape la. nmpk platform di ufuk laut dan beberapa muda remaja berkumpul dan bermain gitar. haih, teringat hari2 terakhir di utp, lepak malam2 kat lumut. oh nostalgia!

lepas tu aku pon balik la hotel, byk benda x prepare lg neh. slide x rehearse lg (interview utk position teknikel ada technical presentation/interview) dan bahan bacaan time briefing tu kena baca jugak.

bak kate NashQ, aku ni x mcm ada interview pulak. hepi je jalan2. haha... sebenarnye interview tu dh macam benda ke-2 aku nak buat kat Miri ni. no 1 ape? haaa... jalan2 makan angin kat Miri neh. plus aku x tao nk prepare ape. bace dlm blog psl SRD, just be yourselves and have fun! haaa... ni nasihat yg aku suke neh. haha. tp mlm tu kat hotel cuak jugak la. rehearse slide skali je. then tdo. tu pon dh dekat kul 1 pg dah.

Khamis (D-Day), 22nd March 2012 

pemandangan pagi di Bandaraya Miri. btw, sini sume waktu solat awal sejam. zuhur kul 12 tghari tu biasa. subuh? pon awal sejam. nasib sempat. hewhew~~
on your right, Canada Hill (yg ada Grand Old Lady, 1st Oil Rig kat Malaysia)
new hotel on sight. x sure ape nama hotel tu. membangun jugak bandar miri ni. hotel yg aku duduk ni (Dynasty Hotel) pon baru refurbish. dan dalam dia sgt awesome utk 3 stars hotel
ada meja studies dan port LAN lg. tv pon ada byk channel. awesome!
kalo sumbat ramai2 pon boleh, lantai ada karpet. haha
turun breakfast around 7, sesi ujibakat aku 8.50 so masih byk masa. makan2 sket dengan peserta2 len (3 dr utp, 2 dr utm dan 1dr canada, utp win! haha). sangat la x sedap makan time tu, nervous mungkin.

around kul 7.30, gerak naik taxi ke house 100, Piasau Camp. sepanjang aku berada kat Miri neh, x pnah lg nmpk taxi golek2 atas jalan. memang x pnah nmpk langsung. lepas mintak reception hotel baru la wujud 1 depan lobi hotel. macam turun dr langit pulak. haha. cas ke Piasau camp dr hotel, RM 28.00.

smpai tmpt ujibakat around kul 8, still early 50 minutes. x tao nk buat ape so aku g tandas dan baca material yg dia bg semlm (x sempat nk baca mlm td)

dan interview berjalan.

separated to 3 section

1- case studies (solo)
2- case studies (berkumpulan)
3- technical presentation (or interview)

habih around kul 4.00++. perasaan, susah giler interview neh. *flip table*
tp sebab aku dh awal2 x letak pape harapan, so xde pressure sgt dan kira pengalaman ar benda2 cmni.

pastu sambil2 tunggu fakhrullah dan nashQ datang pick-up aku for Round2 Miri Stage 3, aku jalan2 la pusing2 tmpt ni. nais sgt environment dia. cm tenang je.

House no 100, Piasau Camp
mengikut legenda, rumah ini pernah dihuni oleh GM Shell
Piasau, Pitch!
tempat ujibakat. besar dlm dia, ada unofficial surau lg
staff2 shell pon ada program jugak kat sini
tunggu punye tunggu punye tunggu (style p.ramlee), akhirnye smpai jugak mirians yg dinantikan. haha...
then 1st stop? KFCK! still nk mencuba jugak burger kesayangan rakyat miri neh. nak tau tahap ke'awesome'an nye.

dan usaha itu tangga kejayaan my friend...

Kinky Burger!
first2 smpai nmpk mcm stall burger biasa je. ape yg speselnye?
HAAAAAAA *efek sumtin turun dr langit*
right: Grilled Beef Burger with black pepper sauce (RM5). left:? lets zoom it!
Grilled XL Custom(beef+chicken) Burger with special sauce(RM8). 
rase dia? marvellous! lg2 dengan special sauce. patty ayam dia x bape feel sgt bila grilled. rase cm patty ayam Ramly je. tp dia nye beef patty yg di grill sgt2 best. sedap giler! patut beli dua2 patty beef or beli 2 Grilled Beef Burger je. baru RM10. haha. gaye ckp mcm org berduit kan? macam je tuh. tp serius berbaloi-baloi jualan kamdar. its worth every penny!

bukak2 peti ais nk beli air, ada pulak ejal's cheesecake. mesti cuba neh. 
RM4.50. sangat thick and solid kek neh. makan sket dh puas dh. pass kat len makan sesudu je. haaa.... meh la saya habihkan. hahaha
then gerak ke airport thru bandaraya Miri. baru rase jam kat miri cmne. x bergerak jugak ar. rase bandar tu punye sistem trafik dh xleh cope dengan kebanjiran kenderaan kat situ. duk dlm kete sambil dengar album KRU - Balada tup2 dh smpai Miri Airport

salam2 nangis2 sket (haha), aku pon masuk la ke dalam balai berlepas. 1st stop, imigresen. aku bg passport dia cop kat boarding pass plak. kena sound sket sbb aritu masuk x lalu imigresen then selamat la aku masuk dlm balai berlepas tuh. tgk jam kul 5.45 cmtu. flight pukul 7.05. woah. lama lg neh. 

duk dgr mp3 (dgn earphone baru, wohoo!) dan baca buku Cerita Piala Dunia (akhirnye dpt gk habiskan, wohoo!) smpai jugak kapal terbang Airbus A320 milik AirAsia.

can i say where my journey begins too?
yeay, naik kapal terbang lg! (saya suke, saya suke *gaya mei-mei*)

sebabkan seat no 16, kena masuk dr belakang, disambut oleh cabin crew yg kepenatan,
so x bape nk mesra dengan senyuman
seat memang btol2 tepi kepak. tp airbus nye tingkap ni pelik. ada 2 layer. so x bape jelas nk tgk luar. belah kanan tu bandar Miri lepas take-off. ni satu2 nye gamba aku amek dlm flight. pastu lepas amek delete. sume kelam je. 
around kul 9.30, alhamdulillah selamat sampai di LCCT. bak kate nashQ, LCCT ni mcm puduraya utk kapal terbang. haha... aku rase puduraya sekarang lg best kot. smpai2 tu stret g carik bas nk ke klia transit.

kalo smpai lcct, carik la bro yg tgh duduk kat blah kanan tu kat platform 3
bleh kate bas ni free la sebab kita just bayar harga tiket tren. macam aku
RM5.50 dr Salak Tinggi (yup,bas ni ke salak tinggi) - Putrajaya Sentral
LCCT. dia punye awning pon mcm kedai basuh kete kat rumah aku. haha...
nama pon low cost kan. asal x roboh sudah!
smpai Putrajaya Sentral around 11 dan mak ayah sudah menanti! esok nk keje pulak.

dan begitulah perjalanan 2 hari 2 malam ke Miri. sangat best! sangat2. haha... rase objektif utk berjalan di bumi Miri itu tercapai. dan utk SRD, walaupun x berjaya, its a challenging yet fun experience.

btw, Mirion tu Facilitator utk SRD and she is Mirian =D

7 comments:

nfy berkata...

wow, summary yang mantap! yeah, i do admit its far from town :P glad to hear u have a great time in miri. nice pics btw!

irshad banuri berkata...

3 malam kot menaip post neh.
hahaha...
terima kasih!

nur chahaya Abadiey berkata...

salam..nice xperience.. pics pon cntik2 blake.. :)

irshad banuri berkata...

wsalam
thanks!
ada kesempatan dtg la miri :)

omega_supreme berkata...

walaoeh.. haha.. jangan luper bawa oleh oleh haa

irshad banuri berkata...

haha...
oleh2 dr miri hanyelah kek lapis,
dh habih dh.
next time insyaAllah

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)