18 November 2011

Kuala Lumpur-Johor Bahru-Singapura!

setelah beberapa bulan post ini terperangkap di dalam draft, akhirnye berjaya juga ia keluar dari kepompong itu.

setelah 5 tahun bertapa di bumi Tronoh, cuti semester September 2011 adalah cuti sem terakhir utk aku. so to make it spesial daripada biasa, aku pon ajak la saudara zaki yg mempunyai susur galur keturunan singapura dilanggar todak utk berlibur di kota singa itu. 

dan ajakan aku disambut!

Isnin, 19th September 2011

jadi, tanggal 19 September 2011, berlepas lah daku bersama Farid Hacks dari TBS(Terminal Bersepadu Selatan) dengan menaiki bas Shamisha Holiday kaler kuning berlepas ke Larkin, JB.

around pukul 3 petang, kami sampai di JB. dan Tour Guide kami dah sedia menanti.

1st stop, Tune Hotel. Tune It Your Way!

menginap kat Tune Hotel (murah konon) utk dua malam berharga RM120++. bajet? under control. 
Tune Hotel menyediakan segala kemudahan seperti penghawa dingin, lcd 32 inci dan tandas tanpa kuci dengan bayaran tambahan. ok, yg last tu free. 
partners in crime
melepak di Danga Bay Fun Fair. x bape nk fun la sbb org x ramai. 
hadiah2 yg disediakan macam tahun 2000an. x menarik langsung kecuali teddybear extra besar. 

Tune Hotel (lagi). bilik penoh dengan iklan. ni iklan biskut utk ditenung di kala lapar. 
Selasa, 20th September 2011

zaki memecut kereta Proton Waja dengan jayanye. target sampai kat Universal Studio Singapore (USS) kul 9. 
sampai2 kat tambak johor, tu diaa... kete penoh. hari keje kot, so memang dh expect kesesakan melampau.
pastu xleh snap gamba dekat imigresen, salah di sisi undang2 kate tour guide.

dan.. smpai juge lah aku kat singapore. rase terharu sebentar. haha~~ first2 g woodland dulu. tour guide nk g beli prepaid card utk ERP.
BKE, KJE, PIE, SLE. bukan main byk lg expressway kat singapore neh. PIE tu Pan-Island Expressway. yg len2 tu x sure. 
selamat datang ke taman skodeng Singapore!
SingTel wo. nasib bek x pakai, kalo x habih la kredit yg berbaki rm 3.82. 
bas singapore yg super panjang. dh macam putra-LRT plak. cmne la dia amek corner.  
tol kat singapore. x yah pkai toll gate girl, x yah pkai plaza tol besa2. buat kesesakan lalulintas je. sume gune mesin ala2 smart tag, tp x yah slowkan kenderaan. genius!
Stevens Road. ni exit nk ke Woodlands rasenye. driver/tourist guide nk singgah 7-eleven. topup ERP 
the 'real' tourist guide. haha. 
done with 7eleven dan ERP. skang mari ke sentosa!
tadaaa! sentosa island. nampak di kejauhan sana, far far away kingdom. excited kaw2 skang neh.
Sentosa Island under Resort World Management. same person that brought Genting Highland.
light at the end of tunnel! tiada dalam gamba: tourist guide
cuaca seperti mengizinkan kedatangan kami hari ini!
the famous universal globe. 
1-day adult non peak, S$66. 
dah beli tiket dekat RM160++, sume berkira2 dh duit baki dlm dompet. 
all in! thanks to a tourist from Malaysia. haha~~ 
PO!
i am a very-very happy person!
pukul 9.50AM. gate blom dibuka. org x berapa ramai. ciput hepi!
design dalam studio ni memang terbaek. dh mcm scene movies dah. 
masuk2 studios, store dia paling depan skali. seblah store ni ada information kaunter. dan ada surau kat situ. gud2. tp wuduk kena amek kat toilet. weird.
show monster rock. best. ala2 glee sket. tapi kenapa la ada lagu wondergirls-nobody dlm show tuh. x masuk btol dengan tema rock. papepon awek kucing tetap paling comel. ngahaha~~
Suasana dalam Mel's Diner, antara kafe yg menyediakan makanan halal kat USS neh. tema dia memang nais. macam berada dlm scene citer Hollywood.

pokok dari citer Madagascar.

Rumah Shrek dari filem Shrek(semestinye!). sekali tgk memang sebijik mcm rumah dia kat tgh2 swamp tuh. patut tepi rumah ni buat mcm scene shrek mandi dlm paya tu lg real.
dah jumpa rumah shrek, masuk pulak ke Far Far Away Kingdom. kalo Disneyland ada Sleeping Beauty castle dan Cinderella Castle, center of USS bg aku adalah Far Far away Castle yg tersergam indah dan bleh dilihat dr awal2 kemasukan ke Sentosa Island lagi.


even bilboard pasal fairy godmother pon ada
Next stop, Ancient Egypt!

Main park ride kat USS, Human(blue track) dan Cylone(red). Alhamdulillah, dua2 ride dapat dinaiki dgn selamat!
salah satu bangunan yg dibina dalam USS ni utk tujuan kosmetik semata2. aku rase aku x byk sgt usha muvie2 hollywood lagi yg klasik. aku dapat rasakan yg setiap binaan dlm USS ni ada kaitan dgn muvie, series atau ikon2 Hollywood. rase kalo ada fakta2 tu sume dlm kepala, mesti lg bermakna lawatan ke USS ni.
Farid senyum je tolak kotak besa2 neh. Tourist guide mesti ada rase sengal2 kat tulang klavikel tuh. cm pedih je.

ni performer dari Mel's Diner. byk lagu dia perform. dalam 5 buah. salah satu dari tu lagu Boogie Woogie Bugle Boys yg Thompson Sisters nyanyi dlm the Voice.
Mel's Diner!
Mel's Diner ni macam standard2 McD kat malaysia pada harga Singapore Dollar.
Time ni baru tengahari, tp sebab dh pulun kaw2 dr pagi, sume dh lesu dan longlai je time ni. time ni la aku imagine yg plan utk ke night safari di malam hari tak akan menjadi kenyataan. arghhh... keciwa. baru ingat nk compare night safari singapore dengan night safari terbaik kat malaysia yg aku penah pegi iaitu night safari Zoo Melaka (Taiping nye x best).
walaupun harga dia 2.5 kali ganda lagi mahal, tp fries dia sedap(still x leh lawan Carls Jr) dan air dia pon besar(tp x sure bleh refill mcm kat Mekdi ke x). papepon utk mereka yg nk berjimat, menziarahi negara yg mempunyai mata wang lebih kuat dan awesome dari tanah air sangat2 lah tidak digalakkan. rase miskin je memanjang.

lepas makan, pusing2 area terdekat je utk memastikan penghadaman sempurna. next to the Mel's Diner, Hollywood Studios. ada bangunan universal, ada Museum of Natural History mcm dlm citer Night at The Museum. eh, tu Smithsonian Museum. sama ke?
Lights Camera Action by Steven Spielberg. x berkesempatan nk amek gamba kat dlm walaupon bleh on kamera. takut kamera masuk air atau terbakar!

Ni lah muzium yg den kobarkan td. rase dia bleh letak indoor attraction kat dlm muzium neh.
Disember sangat awal lah utk 2nd visit.
ni lak waterworld nye show. antara show yg paling cool dan berbaloi-baloi jualan kamdar. show yg menyebabkan aku x rase sangat bayar S$66 utk masuk USS ni. memang best. sape2 yg rase singapore tu panas, nk basah2 bleh la duk kat front row utk show ni. dijamen "gejebes" ngomong wong jowo.
Seat Hijau menjanjikan serpihan air yg sepoi2 bahasa. still ktorg berjaga2 dengan rain coat S$2
kasut atau selipar? bila datang USS aku malas nk angkut kasut dari UTP ke rumah then ke Singapore. so aku sebat la selipar je. tp aku silap. walaupun USS ni kecik je atas pulau, tp nk pergi dari satu ride ke satu ride, dari satu attraction ke satu attraction yg lain, memerlukan aku berjalan sejauh 1-2 kilometer per setengah jam. aku rase kasut jogging atau running shoes paling sesuai. mungkin tahun depan bleh dicubain lagi?
ape yg menarik kt USS ni jugak adalah detail utk each section dia memang terbaik. slightest detail yg membuatkan USS ni lebih menarik utk dilawati. kalo setiap detail2 macam newspaper stands ni berfungsi lagi menarik.
Woody Woodpacker! jemaah utk lawatan pada kali ini (dari kiri, susunan tidak mengikut berat badan) aku,cipot,woody(bukan ahli),amir,tourist guide, dan...
....farid.
Sebelum balik, singgah dulu kat USS shops. carik ape yg paling berbaloi utk dibeli. duit yg ditukar ke Singapore dollar ada byk lg. tp memandangkan kalo keychain biasa pon dh 6-7 dollar iaitu bersamaan 15-17 ringgit malaysia, mencari yg berbaloi-baloi jualan kambar sangatlah sukar.

last2 aku beli pin keychain, letak kat beg aku. konon2 pada masa depan di mana kewangan aku dh kukuh(angan2), aku nk travel sebanyak mungkin, pergi ke tempat2 yg selama ni aku tengok je dalam Discovery Channel, NatGeo dan History Channel, then beli pin keychain, letak dekat beg aku tuh. so beg tuh aku folow akan ada satu souvenier utk each tempat yg aku pnah pergi. Singapore is not a bad place to start kan?
done with USS, around kul 7 mlm cmtuh, pusing2 singapore jap(dapat la tengok Marina Sands bay, lalu kat Singapore nye F1 track dan Orchard Road) pastu stret balik JB utk tdo. sume dh kepenatan sebenarnye. 

esok nye pulak, plan nk g Felda Lok Heng utk merasai mee rebus air tangan Ibu Tour Guide kita neh, tp xde rezeki lah. lain kali lah kot. InsyaAllah. 

Utk Singapore, byk list tempat aku buat utk dilawati, tp 1 pon x dikunjungi kecuali Marina Sands bay (dapat lalu je, baru ingat nk jalan kat Double Helix Bridge) jadi agak mengecewakan di situ. 

kesimpulannye, best sangat2. pilihan masa yg sangat3 tepat utk ke USS. x ramai orang. attractions mostly available. cume stamina lepas ni kena dipertingkatkan utk visit2 akan datang!